Thursday 3 November 2011

Pakej Pemasangan Kebun Fertigasi Tanpa Rumah Hujan (SPH)

    FERTIGASI berasal dari perkataan FERTILIZER dan IRRIGATION yang bermaksud pembajaan dan siraman melalui sistem paip. Ada banyak KELEBIHAN kebun fertigasi ni. SIRAMAN adalah secara automatik pakai TIMER. Jadi tuan punya kebun x payah penat-penat mau angkat air lagi pagi sama petang.
     MERUMPUT pun x susah-susah lagi sebab senang dikawal. HASIL pula 5x lebih banyak dari cara biasa @ konvensional. Modal PUSINGAN sikit saja untuk pusingan yang seterusnya.PENYELENGGARAAN yang sangat senang.





Kami menyediakan khidmat pemasangan Kebun Fertigasi Open (kebun mini & kebun besar)
Tanaman utama LADA, TERUNG, TOMATO, SAYURAN...tapi terpulang sama tuan punya kebun untuk pilih tanaman apa yang kamu suka. SYARAT penting ialah kawasan mesti RATA, ada KARAN dan AIR.

Tanaman yang sesuai untuk fertigasi:

-cili padi Bara
-Lada Besar @ kulai F1
-Tomato
-Bendi (ladies finger)
-Terung
-Kacang Panjang
-Sawi, Kailan
- dll...

Pakej termasuk:
-pemasangan siap sistem irrigasi @ paip
-timer siraman automatik
-pam air
-polybag ada isi cocopeat
-tangki air stok siraman
-set baja fertigasi AB
-racun serangga perosak
-anak pokok
-EC meter **t&c
-khidmat nasihat & LAWATAN



Harga bermula dari RM1300 (seluruh sabah)...

-100 pokok (RM1300)
-200 pokok (RM1800)
-300 pokok 
-500 pokok 
-1 ribu pokok (RM11k)
-2 ribu pokok (RM18k)
-3 ribu pokok
-4 ribu pokok
-5 ribu keatas....

*harga pakej diatas adalah anggaran sahaja. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

urusniaga secara Tunai..(dengan deposit 70%)

LPO boleh dirunding untuk projek sekolah & badan kerajaan...

Hubungi kami untuk maklumat lanjut....

hp: 011-16044500


SERANGGA PEROSAK & PENYAKIT CILI

Pengurusan serangga perosak & penyakit tanaman adalah penentu kejayaan seorang pekebun. lebih - lebih lagi pengusaha fertigasi lada. kita pun sedia maklum la ba kan kos permulaan fertigasi ni agak tinggi berbanding cara konvensional, tapi pulangan fuhhh...sampai x larat mo kira pakai calculator kalau berjaya diusahakan dengan baik.

Antara serangga perosak yang selalu menyerang kita punya lada ni adalah:
-afid (kutu daun)
-kutu thrips
-hamama @ hama (red sipder mites)
-lalat putih (whitefly)
-ulat ratus (spodoptera)
-lalat buah
-pelombong daun
-ulat pengorek buah

Antara penyakit yang selalu serang kita punya lada pula:
-lecuh anak benih
-antraknos
-bintik daun
-hawar pucuk
-layu bakteria
-virus bawaan kutu trip
-virus bawaan lalat putih
-virus bawaan afid

Kita sebagai pengusaha fertigasi yang mahu berjaya misti 'alert' sama tanda - tanda serangan penyakit dan serangga perosak lada ni supaya boleh dapat hasil yang mantoppp... jadi penjadualan meracun tanaman sama penggunaan racun yang betul itu penting.

Bah ni contoh - contoh serangan serangga perosak sama penyakit yang sempat sia kumpul buat koleksi setakat ni, sama - sama la kita tingu...



layu bakteria (kasi cabut ja ni dia punya ubat)

whitefly ada sarang sudah

akibat kena serang whitefly ini

ini kena serang kutu trip & hamama

Wednesday 2 November 2011

Projek Semi Fertigasi Lada Semerah

Projek ini bermula pada 1 julai 2011 dengan konsep 'open fertigasi' dan ditanam atas tanah.
jenis tanaman adalah cili padi variety SEMERAH dan dijual kepada Wealthy Empire Management Sdn Bhd yang berpusat di jln masjid Tawau. syarikat tersebut mengeluarkan produk sambal cili padi yang diberi nama Qastury...sudah berada di pasaran sekarang.


Projek ini bermula lepas saya balik menetap di kampung halaman saya selepas beberapa tahun menimba pengalaman bekerja di perantauan di dalam dan di luar negeri. Dengan bekal beberapa tahun terlibat dalam kebun fertigasi saya pun start la projek ni...dengan harapan sebagai 'starting point' untuk kebun fertigasi sendiri. memang banyak barang yang kurang sebab masa tu fully depended on my pren and also my sifu Hayqal at n9.


ini masa baru 1 bulan tanam



healthy chili tree...


naaa....ada bunga sudah bah lada sia



important support for chili trees..


2 bulan sudah bah...


3 bulan sudah...


buah sulung...masak sudah dia, boleh petik sudah ini

Nowadays....buah..buah..buah..buah...