Thursday 3 November 2011

SERANGGA PEROSAK & PENYAKIT CILI

Pengurusan serangga perosak & penyakit tanaman adalah penentu kejayaan seorang pekebun. lebih - lebih lagi pengusaha fertigasi lada. kita pun sedia maklum la ba kan kos permulaan fertigasi ni agak tinggi berbanding cara konvensional, tapi pulangan fuhhh...sampai x larat mo kira pakai calculator kalau berjaya diusahakan dengan baik.

Antara serangga perosak yang selalu menyerang kita punya lada ni adalah:
-afid (kutu daun)
-kutu thrips
-hamama @ hama (red sipder mites)
-lalat putih (whitefly)
-ulat ratus (spodoptera)
-lalat buah
-pelombong daun
-ulat pengorek buah

Antara penyakit yang selalu serang kita punya lada pula:
-lecuh anak benih
-antraknos
-bintik daun
-hawar pucuk
-layu bakteria
-virus bawaan kutu trip
-virus bawaan lalat putih
-virus bawaan afid

Kita sebagai pengusaha fertigasi yang mahu berjaya misti 'alert' sama tanda - tanda serangan penyakit dan serangga perosak lada ni supaya boleh dapat hasil yang mantoppp... jadi penjadualan meracun tanaman sama penggunaan racun yang betul itu penting.

Bah ni contoh - contoh serangan serangga perosak sama penyakit yang sempat sia kumpul buat koleksi setakat ni, sama - sama la kita tingu...



layu bakteria (kasi cabut ja ni dia punya ubat)

whitefly ada sarang sudah

akibat kena serang whitefly ini

ini kena serang kutu trip & hamama